SOALAN JAWAB LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 15 JUN 2011
SOALAN:
TUAN GWO-BURNE LOH minta PERDANA MENTERI menyatakan peratus kenaikan bilangan anggota penjawat awam termasuk polis, tentera, bomba dari Mac 2010 hingga Mac 2011.
JAWAPAN: YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
Bilangan penjawat awam (termasuk polis, tentera dan bomba) pada Mac 2010 ialah eramai 1,255,848 orang, manakala pada Mac 2011 jumlahnya telah meningkat kepada 1,308,939 orang iaitu peningkatan sebanyak 4.2%.
Sekian, terima kasih.
SOALAN LISAN
1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan tindakan yang diambil ke atas TV3 yang didapati menayangkan iklan Hari Raya pada tahun 2010 tanpa permit FINAS.
2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha kerajaan di dalam membebaskan Chong Chun Yi (27 tahun) yang dijatuhkan hukuman mati di Singapura pada 16 Jun 2008.
3. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan peratusan komposisi bangsa (Melayu, Orang Asli/Orang Asal, Cina, India, dan lain-lain) kemasukan pelajar-pelajar semua aliran di sekolah kerajaan (jenis kebangsaan, jenis kebangsaan cina, jenis kebangsaan tamil, agama) sejak 1969?
4. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sebab peningkatan perbelanjaan mengurus dan pembangunan yang besar dalam bajet 2011 berbanding dengan 2010, dan senaraikan jenis projek dan peruntukan yang akan dilancarkan pada 2011.
5. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang diambil terhadap OCPD ASP Wan Abdul Bari dan Superintendan Jude Pereira atas pembohongan mereka melalui testimoni kepada SUHAKAM pada 23 April 2010 atas penahanan lima peguam di Kuala Lumpur pada 7
Mei 2009.
6. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perbezaan bidang kuasa antara polis bantuan dengan polis biasa dan adakah status anggota Ikatan Relawan(RELA) yang menjadi polis bantuan sama dengan polis bantuan?
7. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan undang-undang yang membenarkan syarikat teksi yang membuka kaunter jualan baucer dan mengenakan tambahan 10 peratus atas tambang penumpang.
8. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah warganegara asing yang telah dijatuhkan hukuman mati di antara tahun 2000 – 2010 dan daripada 583 banduan yang sedang menunggu hukuman mati, berapa ramai merupakan warganegara asing?
9. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan hasil cadangan pembinaan klinik kesihatan kerajaan di Subang Jaya yang dirancang pada 2009.
10. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI NEGERI menyatakan peratus kenaikan bilangan anggota penjawat awam termasuk polis, tentera, bomba dari Mac 2010 hingga Mac 2011.
SOALAN BERTULIS
1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan hasil daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Mahmood Bin Adam, Setiausaha Agung Jabatan Dalam Negeri, pada
Februari 2010, untuk menerbitkan kad pengenalan untuk pelarian yang diluluskan oleh UNHCR. Adakah ini telah dilakukan dan apakah dasar yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan rancangan ini berjalan dengan lancar.
2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kos bagi satu kes hukuman mati dari pendakwaan hingga perlaksanaan hukuman dan apakah perinciannya.
3. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab Malaysia mempunyai dasar yang berbeza bagi pelarian dari Palestin dan Bosnia berbanding dengan pelarian dari negara lain seperti Burma?
4. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan kes kesalahan daripada pengunaaan dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya dari tahun 2000 – 2010 dan apakah bentuk-bentuk hukumannya.
5. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan anggota RELA setakat April 2011 dan berapakah peruntukan kewangan dari Kementerian Dalam Negeri bagi RELA dari tahun 2006 – 2010?
USUL
1. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kerajaan Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menguatkuasa Resolusi 62/149 Bangsa Bangsa Bersatu mengenai Moratorium
terhadap Hukuman Mati yang telah dikuatkuasakan oleh Perhimpunan Agung Bangsa Bangsa Bersatu pada 18 December 2007 dimana negara negara yang masih mengamal hukuman mati diminta untuk menghentikan pengunaan hukuman mati dan mengurangkan jumlah hukuman-hukuman yang membawa hukuman mati secara berperingkat dan melaksanakan moratorium terhadap kesemua hukuman hukuman mati dengan hasrat untuk menghapuskan hukuman ini sama sekali. Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil
ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Luar untuk membantu mematuhi Moratorium tersebut dan meminda undang-undang yang bercanggah dengan Morotarium tersebut.
(Menteri Luar)
2. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Kematian Tujuh Warga Pekerja Asing pada hujung Mei 2009 akibat kerja perobohan Jaya Supermarket, Petaling Jaya. Daripada siasatan yang
dijalankan, kerja perobohan tersebut tidak mendapat kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).”
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
3. Tuan Gwo-Burne Loh [ Kelana Jaya ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mendesak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) menjalankan siatan ke atas kematian Adik Aminulrasyid yang ditembak mati oleh anggota polis. Dewan juga mendesak mengenai perlantikan panel khas di dalam siasatan kes ini. Polis didakwa menyalahgunakan senjata api sehingga menyebabkan Aminulrasyid terbunuh oleh polis. Daripada siasatan dan perbicaraan yang dijalankan, banyak pihak tidak berpuas hati dengan perjalanannya dan diharap agar suruhanjaya ini mampu untuk menjawab pelbagai spekulasi.”
(Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
JAWAPAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 4 APRIL 2011
SOALAN:
Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pecahan jumlah anggota polis yang terlibat dalam sindiket negative seperti rasuah, melanggar disiplin, terlibat dalam kongsi gelap, dadah, komersial persendirian, aktiviti agama haram dalam tempoh 2000 hingga 2010.
Read the rest of this entry »
JAWAPAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA DI DEWAN RAKYAT PADA 24 MAC 2011
SOALAN:
Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik terperinci punca dan tahap kecederaan anggota polis yang ditembak mati dan dicedera oleh penjenayah dari tahun 2000 sehingga 2010 dalam pecahan punca-punca kematian seperti yang dinyatakan oleh Menteri di Parlimen melalui jawapan Parlimen Ahli Parlimen Kelana Jaya pada 13 November 2010.
JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kelana Jaya yang mengemukakan pertanyaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, secara keseluruhannya terdapat 163 kes yang melibatkan keceeraan dan kematian anggota polis yang disebabkan oleh penjenayah sejak tahun 2000 sehingga 2010. Daripada jumlah tersebut sebanyak 139 kes melibatkan kecederaan kepada anggota polis yang disebabka oleh penjenayah di mana 29kadalah disebabkan ditembak, 10 kes ditikan dan ditetak, 31 kes diserang dan dipukul dan 69 kes dilanggar.
Selain daripada itu, sebanyak 24 kes melibatkan kematian kepada anggota polis semasa berhadapan dengan penjenayah di mana 2 kes adalah disebabkan ditembak , 5 kes diserang dan dipukul dan 15 kes dilanggar.
JAWAPAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 10 MAC 2011.
TUAN GWO-BURNE LOH [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kaedah gantung diri 10 banduan di dalam penjara sepanjang tempoh 2005 hingga Julai 2010 seperti yang dinyatakan di Parlimen melalui jawapan pada 18 Oktober 2010.
JAWAPAN:
Tuan Yang Dipertua,
Terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat Kelana Jaya yang mengemukakan pertanyaan.
Untuk makluman Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, ingin saya jelaskan bahawa statistik 10 banduan seperti yang dinyatakan di dalam jawapan pada 18 Oktober 2010 adalah merujuk kepada jumlah tahanan dalam lokap polis dan bukannya banduan di penjara.
Walau bagaimanapun, berasaskan kepada siasatan yang dijalankan, didapati banduan yang menggantung diri di dalam lokap polis telah menggunakan pakaian yang dibekalkan untuk dijadikan alat bagi menggantung diri. Pakaian tersebut terdiri daripada seluar, manakala peralatan lain terdiri daripada kain selimut, tuala dan sarung tilan yang dibekalkan untuk kegunaan harian mereka. Pakaian tersebut akan dikoyakkan dan diikat pada jerejak sel untuk menggantung diri.
Tuan Yang Dipertua,
Bagi mencegah masalah menggantung diri di kalangan tahanan, pihak polis telah menyediakan prosedur pencegahan, kawalah, rawatan dan pemantauan terhada banduan yang mengalami masalah kemurungan, tekanan dan mental.
Di samping itu, pihak polis dari masa ke semasa mengkaji kesesuaian bahan serta jenis pakaian dan peralatan yang dibekalkan untuk kemudahan tahanan agar ianya tidak disalahgunakan untuk menggantung diri atau apa-apa tindakan lain yang didapati boleh menjejaskan keselamatan diri tahanan berkenaan, tahanan lain serta anggota polis yang bertugas.
JAWAPAN BERTULIS PARLIMEN TUAN GWO-BURNE LOH DI DEWAN RAKYAT PADA 15 DISEMBER 2010
SOALAN:
TUAN GWO-BURNE LOH[KELANA JAYA] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan institusi yang dibuka khusus untuk pelajar Bumiputera sahaja, dan poulasi pelajar di institusi-institusi ini berdasarkan kepada pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi sejak 1969 serta apakah pecahannya berdasarkan kepada kawasan bandar / Luar Bandar, Malaysia Timur / Barat.
JAWAPAN:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Tidak terdapat Institusi Pendidikan di negar aini yang khusus hanya untuk bumiputera. Walaupun Matrikulasi diwujudkan untuk bumiputera, tetapi semenjak 2003, kolej matrikulasi bukan lagi eksklusif untuk pelajar bumiputera sahaja. Kuota sebanyak 10% telah diperuntukkan kepada pelajar bukan bumiputera. Bagi sekolah agama pula, pelajar Islam termasuk berketurunan Cina dan India atau lain-lain bangsalayak mengikuti pengajian di sekollah tersebut.
JAWAPAN BERTULIS PARLIMEN TUAN GWO-BURNE LOH PADA DISEMBER 2010
SOALAN:
Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya - PKR] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sasaran ingat di Sukan Asia di Guangzhou 2010 tahun ini memandangkan majoriti pingat yang kita menangi bukan sukan yang terdapat dalam Sukan Olimpik. Apakah usaha yang dijalankan ke arah mencapai sasaran tersebut.
JAWAPAN
1. Untuk makluman Yang Berhormat, kontinjen negara yang menyertai temasya Sukan Asia Guangzhou 2010 pada 12 hingga 27 November 2010 lalu telah berjaya mencapai sasaran 9 pingat emas melalui sukan Berbasikal, Skuasy, Boling, Karate dan Wushi.
2. Kejayaan ini merupakan hasil pelaksanaan Program Cabaran 2010 yang dimulakan pada tahun 2007 iaitu suatu program latihan jangka panjang dan bersepadu berdasarkan kepada Pelan Periodisasi Latihan yang merangkumi latihan dan pertandingan di dalam dan luar negara.
3. Program tersebut juga sentiasa menilai dari masa ke semasa prestasi atlet-atlet yang disasarkan untuk memenangi pingat khususnya di Sukan Asia Guangzhou 2010 sama ada ianya adalah sukan yang dipertandingkan di peringkat Olimpik ataupun hanya dipertandingkan di peringkat Sukan Asia.