PEMBERITAHUAN PERNYATAAN BAGI JAWAP LISAN DEWAN RAKYAT
PERNYATAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA]
TARIKH : 15 NOVEMBER 2011
RUJUKAN : 4183
SOALAN:
Tuan Gwo-Burne Loh [kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes kematian anggota polis ketika mengiringi orang kenamaan sejak 2000 sehingga 2010.
Read the rest of this entry »
Pameran Fotografi Kerja-kerja Kebebebasan 2.0
FAN Malaysia (Friederich Naumann Foundation Alumni Network) dengan bangganya menganjurkan Pameran Fotografi ‘Kerja-kerja Kebebasan 2.0’ 2011.
Pameran ini mempersembahkan foto-foto yang diterima daripada mereka yang bertanding untuk pertandingan Fotografi ‘Kerja-kerja Kebebasan 2.0’ di bawah tema kebebasan dan pertandingan ini direka untuk mengiktiraf penggiat-penggiat seni terutama jurufoto tanah air untuk berkembang di dalam dan luar Negara.
Penyertaan ini menerima penyertaan sejumlah 16 peserta amatur dan profesional, lelaki dan wanita.
Kurator, Faisal Mustaffa membahagikan pameran ini kepada beberapa kategori:
1. Pilihan Raya
2. Kepercayaan
3. Pertalian
4. Perpaduan
5. Alam Semulajadi
6. Mandiri
7. Pengakuan
Nama-nama jurufoto yang mengambil bahagian:
Ahmad Fauzan bin Fuad
Ahmad Shahir B Fadzil
Asyraf Arshad
Azlina Mohadzir
Danny Lim
Digital Dome
Edoi
Faisal Aziz
Hafiz Chan
King Chai
Lim Hong Siang
Linus Chung
M.A.M08
Mohd Redzuan B. Othman
Sakinah Zulkifli
Sultanmuzaffar
Zam Stoned
Majlis pelancaran bagi pameran dan penyampaian hadiah kepada pemenang ialah seperti berikut:
Tarikh: 14 November 2011 (Isnin)
Masa: 7.30pm
Tempat: Galeri Dot.Life, Lot 1-15A, First Floor, Wangsa Walk Mall, Wangsa Avenue, No.9 Jln Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia., 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
Peta: http://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=ml
Kumpulan SEVENWORDS akan menyerikan dengan persembahan mereka.
Pameran ini akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kelana Jaya, YB Gwo-Burne Loh.
Semua wartawan dan jurugambar dijemput untuk hadir ke majlis tersebut.
Sebarang pertanyaan boleh layari:
atau hubungi worksoffreedom2@gmail.com atau 017-2002944 (Faisal Mustaffa).
Works of Freedom 2.0 Photography Exhibition
FAN Malaysia (Friedrich Naumann Foundation Alumni Network) is proud to present to you the Works of Freedom 2.0 Photography Competition and Exhibition 2011.
This exhibition will showcase photographs signifying freedom by some 16 photographers who competes the winning title. The competition serves to acknowledge and encourage the efforts of art enthusiasts, especially local photographers, to expand locally as well as internationally.
The curator for this exhibition is Faisal Mustaffa categorizes the exhibition into several parts:
1. Elections
2. Beleifs
3. Relationship
4. Unity
5. Nature
6. Survival
7. Confession
List of participating photographers:
Ahmad Fauzan bin Fuad
Ahmad Shahir B Fadzil
Asyraf Arshad
Azlina Mohadzir
Danny Lim
Digital Dome
Edoi
Faisal Aziz
Hafiz Chan
King Chai
Lim Hong Siang
Linus Chung
M.A.M08
Mohd Redzuan B. Othman
Sakinah Zulkifli
Sultanmuzaffar
Zam Stoned
The opening and prize giving for the winners will be held as follows:
Date: 14 November 2011 (Monday)
Time: 7.30pm
Venue: Dot.Life Gallery, Lot 1-15A, First Floor, Wangsa Walk Mall, Wangsa Avenue, No.9 Jln Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia., 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
Map: http://maps.google.com.my/maps?hl=en&tab=ml
SEVENWORDS will be performing on the opening night.
The exhibition will be officiate by YB Gwo-Burne Loh, member of parliament.
Journalists and photographers are welcome to cover the event.
Any enquiries:
or contact worksoffreedom2@gmail.com or 017-2002944 (Faisal Mustaffa).
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA]
TARIKH : 1 NOVEMBER 2011
SOALAN :
TUAN GWO-BURNE LOH minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan susulan terhadap dakwaan beberapa bekas tentera mengenai arahan yang mereka terima untuk membuang undi bagi pihak anggota-anggota tentera.
Read the rest of this entry »
KENYATAAN MEDIA
1 NOVEMBER 2011
KENYATAAN MENTERI TERHADAP LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh memuji tindakan Ketua Audit Negara dalam mengeluarkan laporan audit yang telah membuka mata semua pihak setiap tahun.
Namun begitu, saya keliru dengan tindakan beberapa Menteri yang telah menafikan beberapa fakta dalam Laporan Audit Negara. Antaranya adalah Laporan Audit Negara bahawa projek National Feedlot Centre tidak mencapai sasaran untuk menternak 8000 ekor lembu menjelang 2010. Namun begitu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkeras mengatakan sasaran projek National Feedlot Centre untuk menternak 8000 ekor lembu adalah satu kejayaan kerana sebanyak 8016 ekor lembu telah diimport sekaligus melebihi sasaran untuk menternak 8000 ekor lembu menjelang 2010. Ini bermakna, sesiapa sahaja akan dapat mencapai sasaran ini dengan hanya mengimport lembu. Jadi saya tertanya-tanya adakah sasaran untuk mencapai 60000 ekor lembu menjelang 2015 juga akan dicapai menggunakan lembu import?
Read the rest of this entry »
KENYATAAN MEDIA
1 NOVEMBER 2011
SOKONGAN KEPADA RANCANGAN KONGRES KESATUAN SEKERJA MALAYSIA (MTUC) UNTUK BERPIKET
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo-Burne Loh memuji tindakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang akan berpiket untuk menentang pindaan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011. Tindakan proaktif ini amat wajar sebagai satu usaha untuk melindungi kebajikan dan hak pekerja yang merupakan objektif utama MTUC.
Namun begitu, saya amat kecewa dengan kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri S Subramaniam yang mendakwa bahawa piket yang akan dijalankan oleh MTUC adalah tidak sah kerana isu tersebut adalah isu dasar kerajaan dan bukannya isu yang berkaitan perusahaan. Saya berpendapat bahawa MTUC wajar untuk memberikan pandangan mereka terhadap apa-apa isu yang berkaitan kebajikan dan hak pekerja.
Read the rest of this entry »
JAWAPAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 11 OKTOBER 2011 DI DEWAN RAKYAT
SOALAN:
YB TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha yang diambil dalam mengurangkan kos sewa kediaman, kos baik pulih serta bil elektrik dan air bagi kediaman rasmi YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Read the rest of this entry »
JAWAPAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 6 OKTOBER 2011 DI DEWAN RAKYAT
SOALAN:
YB TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dasar Kerajaa berkenaan pengecualian cukai dan duti eksais kereta hybrid selepas Disember 2011 serta permit , cukai jalan, cukai import dan duti eksais motosikal elektrik.
Read the rest of this entry »